4.1 MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN
Perpaduan merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara. Matlamatnya adalah agar setiap bangsa dan negara dapat hidup dengan harmoni dan tenteram tanpa perkara yang dapat menggugat keamanan. Rakyat tidak akan dapat hidup dengan selesa dan negara akan bergolak setiap masa akibat tiadanya keamanan. Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar. Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa kebuluran serta hidup dalam serba kekurangan. Daripada yang diterangkan tadi, kita dapat lihat bahawa pentingnya untuk kita membina dan memupuk perpaduan agar menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini. Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharudin,Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, “Perpaduan sabagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat”.
DETIK PERPADUAN
Detik perpaduan adalah saat yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Antara detik perpaduan adalah seperti berikut:
- SUKAN BOLA SEPAK
- PERKAHWINAN "STREET WEDDING"
- KESIHATAN
- MAKANAN
- SUKAN
- DETIK PERBEZAAN
BOLA SEPAK
Perlawan bola sepak adalah antara satu daripada saat dan detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing.Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan mereka terdiri daripada kaum atau bangsa berlainan atau tidak.Budaya ini harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong Harimau Malaya tetap 'mengaum' di Stadium Nasional.
PERKAHWINAN "Street wedding"
Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar.Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan besar,ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat memandangkan terdapat ruang yang khas berserta tempat letak kereta yang cukup.
Namun lain pula suasananya apabila majlis perkahwinan dilakukan di taman-taman perumahan.Ianya menimbulkan suasana yang sesak dan kawasan meletak kenderaan para tetamu sangat terhad dengan kehadiran ramai jemputan.Jika dilihat kepada peruntukan undang-undang dalam negara,ianya merupakan satu kesalahan mendiri dan menyelenggara sesuatu halangan di tempat awam.Tetapi pernahkah anda terdengar keluarga pasangan pengantin didakwa di mahkamah kerana menganjurkan majlis perkahwinan di kawasan taman perumahan?
Inilah detik perpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia iaitu bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami antara satu sama lain tanpa mengira agama dan budaya.Namun demikian,sebagai penaganjur,eloklah memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu supaya tidak timbul perkara-perkara yang menyusahkan di masa hadapan.
Jika anda sakit,sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan ubat.Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor,jururawat,pembantu hospital dan semua kakitangan hospital akan memastikan peaskit yang datang akan diberikan rawatan.
Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyat yang mesti diteruskan malah dibanggakan.Sebagai doktor ataupin jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbnagga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit melanda negara.
MAKANAN
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya nasi lemak,teh tarik,roti canai,soto,bakso, dan sebagainya.Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa dan warna kulit.Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa di Malaysia kerana perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia tanpa melihat ianya sebagai batasan atau halangan.
Nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa walaupun ianya makanan kaum Melayu.Begitu juga dengan makanan kaum Cina contohnya masakan char koay teow dinikmati oleh semua bangsa termasuk Melayu dan India.Maruku yang terkenal dikalangan bangsa India pula menjadi makanan semua bangsa.Inilah yang perlu rakyat Malaysia berbangga kerana makanan boleh menjadi alat perpaduan kita semua.
SUKAN Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei?Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia mengenali nama tersebut iaitu pemain badminton nombor satu Malaysia.Walaupun Datuk Lee Chong Wei adalah berbangsa Cina,namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan meminati setiap perlawanan beliau di setiap pertandingan badminton.
Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain.Tidak kira apa bangsa dan agama,ianya tidak menjadi halangan untuk peminat dan menonton menyaksi dan menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah bermain untuk negara.Begitu juga dengan penyokong, mereka tidak menyokong individu sebagai ahli sukan, tetapi menyokong ahli sukan tersebut sebagai pemain yang mewakili negara.
DETIK PERBEZAAN
1) Sambutan Perayaan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum
- Melayu
- Cina
- India
- Iban
- Melanau
- Kadazan-Dusun
Setiap kaum mempunyai perayaan masing-masing. Oleh itu, dalam perayaan di Malaysia, detik perbezaan dapat dilihat dengan jelas kerana perayaan biasanya berkaitan dengan budaya dan agama pelbagai agama. Tetapi ini tidak dapat dianggap sebagai perbedaan yang mengancam perpaduan negara, kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri khasnya sendiri. Setiap warganegara perlu berfikiran terbuka dan berfikiran terbuka ketika menghadapi perayaan festival sebagai perayaan tahunan semua kaum di Malaysia.
HARI RAYA AIDILFITRI
TAHUN BARU CINA
DEEPAVALI
2) Jenayah
Apabila berlaku sesuatu jenayah, pastinya kita akan melihat apakah jenis jenayah yang dilakukan. Apabila telah pasti sesuatu jenayah tersebut, maka akan terlintas dalam minda siapa yang terlibat dalam jenayah tersebut. Hal ini adalah satu sikap yang salah kerana semua jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa.
Setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenayah. Jika seseorang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, maka apabila berdepan dengan sesuatu perkara, maka akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Sebagai warganegara, kita haruslah patuh kepada setiap peraturan dan undang-undang negara kerana hukuman tidak melihat bangsa untuk dijatuhkan.
Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa, kaum, dan agama. Sebagai majikan, mereka boleh mengiktiraf pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, pekerjanya akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih teliti dan amanah. Secara tidak langsung, para pekerja akan berasa lebih adil dan selesa semasa bekerja.
4) Pengebumian
Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang. Dasar pengebumian Malaysia adalah berdasarkan pada teisme dan menganggap kematian sebagai urusan agama yang ditangani oleh semua etnik dan agama secara bebas. Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, dengan itu wujudlah upacara dan pantang larang pengbumian yang berlainan.
Comments
Post a Comment